Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 4, 2023 @ 4:56pm

Gigih Bantu Cari Shot Cantik, Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Yang Tolong Ambil Gambar!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon Remy Ishak di TikTok yang menunjukkan Remy sedang membantu satu pasangan mengambil gambar di Tasik Cermin, Perak.

Menerusi hantaran tersebut, Remy yang berpakaian tshirt kuning, seluar putih serta memakai pelitup muka itu sedang gigih mencari shot yang cantik tanpa pasangan tersebut mengenali identiti dirinya.

“Tadi singgah Tasik Cermin ada satu couple minta tolong ambil gambar. Macam biasalah suamiku memang gigih kalau bab ambil gambar, nak dapatkan shot yang cantik.

“Harap couple ini happy dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@roseezza Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023 ♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kegigihan dan keikhlasan pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu mengambil gambar.

“Weh gigihnya! macam inilah yang kita mahu. Bukan snap satu kali je.

“Humble gila artis macam ini. Tak sangka artis ambilkan gambar.

“Weh gigihnya abang Remy. Siap ejas tempat lagi. Kalau suami saya tu ambil sekeping sudah hahaha.

“Memang nampak keikhlasan nak tolong itu, gigih betul hahaha,” komen netizen.

Malah, ada juga segelintir yang turut mengatakan bahawa mereka tidak mengenali Remy jikalau berada di tempat pasangan tersebut.

“Aku baru nak cakap lol siapa suami sis ni famous sangat ke? Sekali buka comment, bukan couple itu je tak perasan, aku pun tak perasan.

“Wait what? kalau I tak baca caption and tak tengok balik siapa yang post. I pun tak perasan siapa photographer misteri ni, urm jeles.

“Lah saya pun tak perasan itu Remy. Tadi baca caption ingat photographer terkenal, rupanya artis terkenal,” komen netizen.

Tidak terlupa juga, pasangan tersebut turut membalas di ruangan komen dan mengakui berasa malu apabila mengetahui gambarnya diambil oleh pelakon terkenal.

“Okay tuan badan hadir. Ya Allah sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kita orang, malunya tak perasan,” komen individu tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 98,000 tanda suka dan lebih 1768 komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 May 2023
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

EXO’s Sehun Graces the Cover of New York Times!

What a great gift for Sehun on his birthday!