“Ini Petanda Apa Ya Allah…” – Masjid Raya Jakarta Islamic Center Terbakar

Baru-baru ini tular dimedia sosial apabila insiden membabitkan kemusnahan sebuah masjid di Jakarta Utara, Indonesia sekitar jam 3.10 petang waktu Malaysia mengejutkan ramai pihak.

Sebanyak 6 lori bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan proses pemadaman api pada masjid tersebut.

Menurut pihak polis, kebakaran berpunca apabila percikan api dari alat ‘las’ pekerja bangunan yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikkan kubah masjid dijalankan.

@liputan6.sctv Masjid Raya Jakarta Islamic Center Jakarta Utara mengalami kebakaran. Petugas mengatakan bahwa bagian yang kebakaran merupakan kubah masjid. #liputan6sctv #sctv #berita #fypindonesia #fyp #tiktokberita #jakartaislamiccenter #kebakaran #masjid #masjidterbakar ♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di akaun rasmi TikTok Liputan6SCTV, kubah masjid tersebut runtuh bersama percikan api dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan ucapan takziah atas insiden yang berlaku.

Namun, ada juga warganet yang meninggalkan komen mereka,  dengan menganggap insiden yang terjadi itu adalah satu teguran dari Allah buat hamba-hambanya yang semakin lalai dengan kemewahan dunia.

“Ya Allah ini petanda apa ya Allah” Tulis seorang warganet di ruangan komen yang mula bimbang di atas berlakunya insiden tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 2.3 juta tontonan dan menerima lebih 112,000 tanda suka.

Halimey Zamal