#JusticeForBella: Saksi Nafi Bella Jadi Mangsa Amang Seksual Oleh Individu Dikenali Sebagai ‘Ustaz’

Peguam yang memantau perbicaraan kes membabitkan pengasas rumah kebajikan, Rumah Bonda iaitu, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan seksual yang timbul di mahkamah.

Ia selepas saksi yang juga seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella, menjadi mangsa amang seksual sebelum hak penjagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun Ahd Razali.

“Berdasarkan nota prosiding terkini, mahkamah diberitahu tentang ‘kewujudan’ seorang lelaki yang dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap Bella, seorang remaja perempuan yang tidak berdaya.

“Pasukan peguam yang memerhati kes Bella mahu pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap dakwaan jenayah dandanan seksual terhadap mangsa,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-12, Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata dia terkejut kerana ini merupakan kali pertama dia mendengar isu amang seksual dibangkitkan pihak pembelaan selepas pemeriksaan balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi.

Pada perbicaraan tersebut, saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa individu yang melakukan amang seksual itu adalah seseorang yang dipanggil ustaz atau pun ‘pakcik’ di tempat Bella tinggal sebelum ini.

Peguam: Semasa rakaman (siasatan) di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bella ada menyebut tentang ustaz.

Saksi: Tidak tahu.

Peguam: Setiap kali Bella nampak individu seakan-akan pakcik atau ustaz…Bella akan menutup kemaluannya dengan kedua-dua belah tangan, adakah Encik Imran tahu mengenai perkara ini dan saksi itu menjawab “tidak tahu”.

Justeru itu, selaku peguam pemerhati, Datuk Khairul Anwar Rahmat berharap agar pendedahan itu ditangani segera oleh pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang terlibat bagi memastikan keselamatan Bella dan rakan-rakannya yang kini berada di pusat perlindungan di seluruh negara.

Terdahulu, isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam dilihat ada berkongsi hantaran mengenai isu #JusticeForBella ini menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Siti Bainun Menangis Lihat Bella Hadir Perbicaraan Mahkamah.. Nampak Bahagia Siap Bagi Mini Love!

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Pemerhati Kesan Perkara ‘Kurang Harmoni’ Dalam Kes Perbicaraan #JusticeForBella – Kelibat Berdiri Tiap Malam Bukan Hantu, Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN:Betty Banafe & Penggiat Seni Serah 5 Memorandum #JusticeForBella Pada TMJ & Che Puan Khaleeda

ARTIKEL BERKAITAN:Saksi Dedah Nampak Bella Baring Di Lantai Tanpa Alas, Jelas Kesan Lecur Pada Leher.. Ini Update Terbaru #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Saksi Tukar Kenyataan Atau Putar Belit Fakta? Mengaku Kecederaan Lecur Berpunca Dari Tumpahan Air Termos Bukan Dari Penapis Air

 

Sumber: Bernama, Instagram

Salma Syahbuddin