Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa hantaran foto keluarganya yang disunting menggunakan ‘filter’ retro.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah wajah keluarganya itu kelihatan sangat cantik dan ‘classic’ menggunakan ‘filter’ tersebut.

“Wah, suka bila dah edit macam ni. Rasa macam betul-betul Old Malaya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji rupa paras keluarga tersebut dan turut mengatakan keluarga mereka itu kelihatan seperti bangsawan.

“Memang satu family muka classic, lawa sangat.

“Classic with class. Nampak bangsawan betul.

“Very look royal family dulu-dulu.

“Lawa! jadi betul retro dia.

“Betul-betul muka classic semua, kuat genes mami,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang memuji rupa paras anak sulung perempuan Que iaitu Tengku Ratu Haidar seperti Puan Sri Saloma.

“Ratu very classic looks. Macam vibe Puan Sri Saloma dah.

“Cantik betul Ratu. Vibes dia macam international,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 116,000 tanda suka dan lebih 919 komen.

Dharnieya Nur Amelsa