“Dia Berhak Bahagia… Kebahagiaan Dirampas Dengan Kejam, Ditinggalkan Terkapai-Kapai!” – Puteri Sarah Minta Dilepaskan, Ini Komen Ibu Syamsul Yusof

Heboh di ruangan media sosial sejak tengah hari ini berhubung perkongsian berani mati pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang memuat naik hantaran foto pernikahan bersama isteri kedua, Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: “Moga Kedua-Kedua Isteriku Tenang & Banyakkan Bersabar” – Syamsul Yusof

Susulan itu, isteri pertamanya, pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana meluahkan isi hatinya serta menegaskan tidak rela dimadu dan meminta pengarah filem Mat Kilau untuk melepaskannya.

Artikel Berkaitan: Tak Rela Dimadu Suami Narsisistik, Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Lepaskan – “Awak Block Saya, Tak Ajak Berbincang”

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail meninggalkan komen di hantaran tersebut yang kecewa atas tindakan anaknya itu kerana membiarkan isterinya terkapai-kapai.

“Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia, sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah langsung tidak dihargai segala pengorbanan!

“Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka, dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar! Adilkah semua ini?” tulisnya.

Sebelum ini, Patimah menegaskan tidak akan memaafkan bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi kerana didakwa berkomplot dengan anaknya itu untuk mengahwinkan mereka.

Artikel Berkaitan: Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Aqilah Paharuzi