Categories: Kisah ViralTrending

Luth Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff yang mengalami penyakit ‘Rare Disease’ telah dikhabarkan sudah meninggal dunia, pada jam 12.14 tengah hari tadi.

Khabar duka tersebut telah dikongsikan oleh ibunya, Mas Hazirah Saifuddin menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut Hazirah, dia menerima takdir ini dengan reda serta memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan roh arwah anaknya, Luth.

“Luth telah kembali ke Rahmatullah. Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff telah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengahari di Subang Jaya Medical Centre.

“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan redha dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT. Mommy akan sentiasa bersama Luth sayang,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon jelita Anzalna Nasir sempat mewar-warkan penyakit yang dialami oleh Allahyarham Luth serta membuka tabung bantuan untuk menampung kos rawatannya.

Sekadar info, Luth telah menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap 4, Glioblastoma Multiforme (GBM).

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir Kongsi Kisah Anak Kawan Hidap ‘Rare Disease’, Perlukan Bantuan Untuk Rawatan Mencecah Jutaan Ringgit

Fatin Nurain