Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2021 @ 5:30pm

“Mampu Undang Aib Golongan Asnaf” – Ini Pendapat Ustaz Mengenai Trend Sedekah Demi Content

Menjadikan amalan bersedekah kepada golongan asnaf terutamanya sebagai salah satu bentuk content demi meraih pujian dan perhatian bukanlah perkara asing lagi dalam komuniti masyarakat masa kini.

Sedarkah kita bahawa tindakan sebegini mampu mengundang rasa malu dan membuka aib golongan ini lebih-lebih lagi selepas mereka diviralkan?

Justeru itu, bagi menjawab tindakan segelintir pihak yang menjadikan golongan asnaf sebagai salah satu bentuk content mereka, pendakwah bebas Ustaz Yaakub Yusra menerusi perkongsiannya di Facebook merasakan golongan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan mengaibkan.

Malah, video berdurasi 2:24 minit yang dimuat naik menerusi laman Facebook ini telahpun ditonton lebih 164,000 sejak ia dimuat naik beberapa hari lalu turut ditularkan di laman Twitter dan meraih lebih 130,000 tontonan.

 

“Sedekah untuk content dah jadi trend, demi naikkan traffic akaun masing-masing…”

Rata-rata warganet bersetuju dengan penjelasan yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub mengenai isu ini.

 

Bahkan, warganet juga turut memuji usaha yang dijalankan oleh Pengasas Murtadha Dakwah Centre (MADAD) ini terhadap projek ATM beras yang dilaksanakan bertujuan membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Tegas beliau lagi, mesin ATM beras yang MADAD buat ini adalah salah satu bentuk atau cara untuk menutup rasa malu dan segan golongan ini meminta bantuan iaitu dengan hanya menggunakan kad dan tidak perlu berjumpa orang.

Selain itu, beberaap lokasi di sekitar Kedah telah dikenal pasti oleh MADAD untuk ATM beras ini diletakkan antaranya, ADZ Edar, Surau Taman Malinja, PKWR Kuala Ketil, Masjid Taman Keladi, KRT Taman Sinar Mentari, PKWR Merbok dan Masjid Muzaffar Shah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 May 2024
Featured Sat, 18 Jun 2022
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

Trending Wed, 3 Oct 2018

Rosmah Ke SPRM Kali Ketiga

Ini kali ketiga beliau hadir memberi keterangan di sini dan difahamkan, mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah terhadap beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Thu, 31 Dec 2020