Muat Naik Video Menari, Ramai Impikan Badan Langsing Seperti Diana Danielle

Perkongsian pelakon jelita Diana Danielle yang memuat naik sebuah video di laman TikTok baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Diana yang memakai dress hitam sedang menari mengikut trend TikTok terkini menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga.

@diana.danielleImma dance wimma hands šŸ™ŒšŸ» outfit checkkkk

ā™¬ original sound ā€“ main account got banned

ā€œImma dance wimma hands. Outfit check!ā€ tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji kecantikannya walaupun dirinya memegang status ibu kepada dua orang anak.

ā€œAnggun lagi anak dah dua. Cantik!

ā€œMacam anak dara babe.

ā€œCantik sangat!

ā€œMakin berumur makin cute awak!ā€ puji netizen.

Malah, ada juga segelintir yang bertanya mengenai tips untuk mendapat sosok badan seperti Diana.

ā€œTak pernah tak cantik, kurus pun maintain. Share tips please! nak kurus.

ā€œTell me what supplements you take.

ā€œSis kongsi lah minum apa cantik je badan.

ā€œCantiknya kak anak dua badan masih lawa, saya ni tak kahwin lagi dan berlemak gelebeh.

ā€œJelesnya tengok body herloksss,ā€ katanya.

Walaubagaimanapun, di ruangan komen, Diana ada menjawab pertanyaan segelintir netizen.

ā€œI donā€™t know, but time before kids I makan banyak. Selera besar tapi lama-lama makin tak berapa. Suka makan naturally.

ā€œIā€™m not big eater. Makan bila lapar dan tak over eat sebab tak suka rasa berat lepas makanā€¦ Hahaha pelik kan,ā€ balasnya kepada salah seorang netizen.

Ā 

Dharnieya Nur Amelsa