Pemain Bola Sepak ‘Belasah’ Teman Wanita Ditahan Polis

Seorang pemain bola sepak tempatan ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel, pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan polis dibuat wanita terbabit pada jam 6 petang.

“Hasil maklumat dan risikan berjaya menahan pemain bola sepak terbabit di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Fakhrudin, kejadin berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan teman lelakinya hingga menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966222.

Terdahulu, media melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan dan masih aktif dengan sebuah pasukan terkenal dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

Khairil Khusyairi