Featured By: Atiqah Johari August 3, 2022 @ 8:20pm

Penuh Tin Atas Jalan Raya! Akibat Lori Sardin Terbalik, Trafik Sesak Lebih 3KM

Kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa muatan berisi tin sardin menyebabkan kesesakan teruk di laluan arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kuala Kangsar apabila lori terbabit terbalik hingga tin-tin sardin bertaburan di atas jalan raya pada petang Rabu.

Ekoran kemalangan tersebut, lalu lintas telah menjadi sesak sejauh lebih tiga kilometer kerana terhalang oleh keadaan lori yang terbalik secara melintang.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata kemalangan tersebut berlaku kira-kira pada jam 1 petang dan laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya.

Menurutnya, semua kenderaan dari arah utara telah ditukarkan laluan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar agar kerja-kerja pengalihan dapat dilakukan.

“Pihak kami sedang membantu untuk penyuraikan dan mengarahkan kenderaan untuk mengikut jalan lama dari tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput, untuk ke Ipoh,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis telah ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu aliran trafik untuk tidak menjadi lebih teruk.

Dalam pada itu, Twitter @Plustrafik membuat ciapan pada 1.24 petang memaklumkan bahawa laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi meredakan kesesakan.

Walaubagaimanapun, aliran trafik masih bergerak perlahan dan pengguna diarahkan untuk mematuhi padan tanda supaya tidak berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Sumber: Gempak, Twitter Plustrafik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019
Trending Sun, 17 Nov 2019

Dapur Kaca Meletup Sewaktu Tunggu Ikan Rebus Siap

Dapoq meletup, selalu dok tengok dalam Facebook ja

Featured Mon, 29 Jan 2018

Elak 5 Makanan Ini Jika Mahu Kurus

Bagi sesetengah individu, berpantang makan untuk kurus bukan satu benda asing dalam diari diet.

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Ini Petanda Apa Ya Allah…” – Masjid Raya Jakarta Islamic Center Terbakar

Baru-baru ini tular dimedia sosial apabila insiden membabitkan kemusnahan sebuah masjid di Jakarta Utara, Indonesia sekitar jam 3.10 petang waktu Malaysia mengejutkan ramai pihak. Sebanyak 6 lori bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan […]

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Berhenti Berlakon Sampai Bersalin, Elfira Loy Kini Berjaga-jaga

Semoga urusan bersalin dipermudahkan, Insha Allah…