Pintar Bermain Piano, Gelagat Uwais Anak Shuib Sepahtu Curi Tumpuan – “Dari Rupa Bawa Ke Suara, Persis Sangat Ibunya!”

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Uwais Al Qarni sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdiknya itu.

Baru-baru ini, Shuib berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan Uwais sedang bermain piano sambil mengikut rentak nyanyian bapanya itu.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kebijaksanaan Uwais yang pintar bermain piano itu sehingga orang mengatakan bakatnya itu turun temurun dan seiras seperti ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

“Ubat rindu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kepandaian Uwais itu dan turut mengatakan bakatnya itu mirip sekali dengan ibunya.

“Bijaknya!

“Alhamdulillah. He is so talented, just like his parents.

“Dari rupa bawa ke suara, persis sangat ibunya.

“Betul-betul seiras dengan arwah ibunya. Apapun semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan semua anak-anak arwah Siti Sarah menjadi anak yang baik dan solehah. Dan yang paling penting menyayangi daddynya sampai ke akhirat,” komen netizen.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah Raisuddin pada tahun 2011 dan dikurniakan empat oranag cahaya mata iaitu, Uwais Al Qarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Dharnieya Nur Amelsa