Tayang ‘Six Pack’ Di TikTok… Atiq Azman Undang Komen Nakal, Peminat ‘Menggelupur’ Tak Senang Duduk

Pelakon kacak, Atiq Azman semakin berani mempamerkan bentuk badan yang sasa di media sosial.

Terbaharu, Atiq telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan menayangkan tubuh badan sasanya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Syok sendiri ke tu?” tulis Atiq ringkas.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai peminat wanita teruja melihat tubuh badan Atiq.

Ada juga yang meninggalkan komen nakal setelah melihat video terbabit.

“What is this Atiq, so naughty.

“Ya Allah tengok tak berkelip rezeki kan.

“Dio maghi sini dengan dok berbaju sobat,” komen netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 259,000 tontonan, dan menerima lebih 26,000 tanda suka.

Halimey Zamal