Rakyat Singapura Berpusu-pusu Mahu Tukar Dengan Dolar Selepas Nilai Ringgit Terus Jatuh

Sejak petang semalam, pengurup wang di Singapura dibanjiri dengan ramai orang yang beratur untuk membeli ringgit Malaysia selepas nilai mata wang itu terus menurun berbanding dolar Singapura.

Memetik laporan Channel News Asia, dolar Singapura mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu S$3.17 berbanding ringgit Malaysia.

Atas penurunan ringgit, ramai rakyat Singapura yang beratur di kedai pengurup wang berlesen sehingga difahakan mereka kehabisan stok mata wang Malaysia.

Sebelum ini, nilai dolar Singapura mencecah paras tertinggi iaitu S$3.16 di mana telah naik satu ringgit dipercayai akibat kadar pertukaran semasa dengan dua negara kini sedang beralih ke fasa endemik dan terkesan dengan wabak COVID-19.

Akibat daripada kesan ini, barisan panjang terbentuk di beberapa lokasi di tengah kota Singapura bermula sejak petang semalam.

Beberapa pengurup wang mendedahkan permintaan terhadap ringgit di negara berkenaan sebenarnya telah bermula semenjak minggu lalu.

Malah, ada pelanggan pengurup wang yang mahu menukar sehingga S$4,000 bersamaan dengan RM12,696.

“Saya tiada stok lagi. Baru habis hari ini,” kata seorang pekerja di Hassan Trading Money Exchange, yang mahu dikenali sebagai Ismail.

“Cuti semakin tiba, sebab itu orang ramai membeli ringgit. Hari Raya juga sangat penting,” katanya.

Sumber: Channel News Asia

Aqilah Paharuzi