Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati.

@syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus pada Ibadah je”. Ibadah itu pasti, kalau tkbuat ibadah banyak dekat Tanah Suci memang sangat rugi. Tapi video direcord ni hanya selingan saja sementara ada sikit waktu free Video ni la yg akan buat kita tengok & ingat balik moments di sana bila pulang ke Tanah Air. Rindu, terlalu rindu 🤍♬ suara asli – Nella Firdayati

Menerusi perkongsian Aina di TikTok, dia meluahkan rasa rindu terhadap Kota Makkah dan mengakui rakaman video yang menjadi tempat dia melepas rasanya rindunya itu.

“Bila tengok balik video yang ada, masya-Allah mengalir air mata sebab terlalu rindu.

“Orang cakap tak payah lah buat video, fokus pada ibadah je. Ibadah itu pasti, kalau tak buat ibadah banyak dekat Tanah Suci memang sangat rugi.

“Tapi video yang dirakam ni hanya selingan sahaja sementara ada sedikit waktu free. Video ni lah yang akan buat kita tengok dan ingat balik moments di sana bila pulang ke Tanah Air. Rindu, terlalu rindu,” tulis Aina.

Menelusuri ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa yang sama iaitu rindu untuk ke Tanah Suci semula dan ada juga yang berdoa agar diberikan rezeki untuk ke sana.

“Rindu sangat walaupun baru 2 bulan tinggalkan Tanah Haram.

“Berair mata tengok, moga ada rezeki dijemput ke Tanah Suci Makkah, Aamiin.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan berjaya menunaikan umrah yang mabrur. Semoga Allah terima,” komen peminat.

Halimey Zamal