Categories: Kisah ViralTrending

Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ibu Yang Sakit, Pemuda Ini Buat Ramai Tersentuh

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang pemuda yang berkongsi kehidupannya selepas berhenti kerja demi menjaga ibunya yang sakit.

Menerusi perkongsian pemilik akaun @alifr0z, dia turut berkongsi rutin hariannya sepanjang hari ketika menjaga ibunya yang sakit.

Menurut Alif, dia berpuas hati dengan keputusannya meninggalkan kerjaya korporatnya demi menjaga ibunya sepenuh masa.

“Kehidupan selepas berhenti kerja untuk jadi penjaga sepenuh masa mak saya.

”Tinggalkan kerjaya korporat 9 pagi hingga 5 petang saya untuk jaga ibu saya yang sakit terlantar dan itu merupakan keputusan terbaik yang pernah saya buat. Sumpah lagi best jaga sendiri,” tulisnya.

 

Kagum dengan pemuda itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata warganet turut mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepada pemuda itu.

Setakat artikel ini ditulis, video yang tular itu telah mencecah sebanyak 1.9 juta tontonan dan 225,800 tanda suka.

Fatin Nurain