Categories: HiburanSelebriti

Sebak Lihat Pemuda Jaga Ibu Sakit, Liyana Jasmay Terkenang Momen Bersama Arwah Ibu

Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay mengakui tersentuh melihat perkongsian seorang pemuda yang sanggup berhenti kerja demi menjaga ibunya sakit.

Sebelum ini, tular sebuah video di mana seorang pemuda berkongsi momen dirinya menjaga ibunya sepenuh masa selepas berhenti kerja.

Menerusi perkongsian tersebut, pemuda itu berpuas hati dengan keputusannya itu kerana dapat menjaga ibunya dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ibu Yang Sakit, Pemuda Ini Buat Ramai Tersentuh

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, Liyana mengakui dirinya pernah melalui situasi yang sama seperti pemuda itu ketika menjaga ibunya yang sakit.


Terdahulu, ibu Liyana, Datin Habsah Simpon telah meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat, pada 12 Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser

Fatin Nurain