Categories: HiburanSelebriti

Kongsi Detik Awal Perkenalan, Intan Najuwa Syukur Suami Memahami Kerjaya Seni

Pelakon Datin Intan Najuwa tampil berkongsi detik awal perkenalan bersama suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Menurut Intan, perkenalannya bersama suami tercinta bermula selepas diatur oleh rakan mereka.

Kagum dengan sikap suaminya yang merendah diri, Intan tidak menyangka perkenalan tersebut berakhir dengan ikatan cinta.

“Kami kenal di kedai kopi. Sebenarnya tiada yang istimewa pun sebab perjumpaan pertama kita melalui kawan-kawan. Kawan saya adalah kawan dia juga. So, mutual friend tak tahu pula sampai sekarang sangkut.

“Dia sangat lowkey, tak pernah nampak dekat mana-mana. Tiba-tiba kawan kenalkan dia. Kami rapat pun lepas setahun,” katanya.

Datin Intan Najuwa bersama Datuk Ahmad Azraf Azman ketika Majlis Resepsi yang diadakan di One & Only Resort, Johor, semalam.
FOTO CST Production.

Memetik laporan Media Hiburan, Intan turut menyatakan bahawa dirinya tetap akan meneruskan kerjaya lakonannya seperti biasa.

Malah, sempat meluahkan rasa syukurnya kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Saya rasa sama sahaja, tak ada perbezaan kahwin dengan tak kahwin sama je. Azraf pun tak pernah halang saya punya kerja dan sebagainya. Dia sangat supporting dan very understanding,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang terkenal menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu tidak mempunyai perancangan untuk berbulan madu kerana kepadatan jadual kerja.

Tambah Intan, dia bersama suami juga tidak pernah merancang soal zuriat namun, sudah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki untuk timang cahaya mata awal.

“Honeymoon tak lagi sebab lepas ni saya akan terus kerja dan Azraf pun terikat dengan jadual kerja yang sangat padat.

“Kami tidak ada perancangan kalau ada, ada. Kalau tak ada, takpa macam tu. Kita tak ada merancang, ada rezeki okay anytime. Kita pun dah ready,” katanya.

Terdahulu, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf dengan mas kahwin berjumlah RM20,000 dan hantaran bernilai RM222,000 dalam sebuah majlis tertutup di One & Only Resort, Johor, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Intan Najuwa Bergelar Isteri Kepada Datuk Ahmad Azraf… Terima Hantaran Bernilai RM222,000

Sumber: Media Hiburan & Foto CST Production

Fatin Nurain