#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa October 27, 2022 @ 5:37pm

“Sebelum Ini Tak Pernah Bersentuhan…” – Nana Sheme Akui Masih Kekok Pegang Suami

Penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan di Damai Central, Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Gempak, pemilik nama Nur Nabilah Hashimi itu mengakui dirinya agak gementar.

Namun, dia turut meluahkan rasa kesyukuran apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

“Alhamdulillah, sewaktu majlis pernikahan segalanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, saya sudah selamat bergelar seorang isteri sekarang.

“Perasaan selepas bergelar isteri membuat saya gementar dan dalam masa sama teruja sebab saya ingin jadi yang terbaik untuk suami.

“Tapi saya masih kekok sebab nak pegang-pegang suami, sebelum ini tak pernah bersentuhan. Insyallah, saya akan cuba sesuaikan diri,” kata Nana

Nana turut berkongsi hasrat bahawa suaminya mahu melihat dirinya memikul tanggungjawab sebagai isteri sepenuh masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

“Suami saya seorang yang pendiam, tenang dan pemalu. Selepas kami bernikah dia hanya cakap Alhamdulillah kerana kami berdua telah selamat menjadi suami isteri.

“Dia juga ada simpan hasrat dan beritahu pada saya nanti suatu hari saya dah tak perlu bekerja. Dia mahu saya menjadi isteri sepenuh masa.

“Insya-Allah, saya secara perlahan-lahan akan belajar tanggungjawab sebagai isteri, saya akan belajar masak dan sebagainya,” ujarnya lagi.

 

Sumber: Gempak, Instagram Nana Sheme

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!

Trending Sun, 8 Jul 2018

Tabung Derma Dibekukan?

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Trending Tue, 10 Mar 2020
Trending Sun, 30 May 2021

Haqiem Rusli Umum Kahwin Di IG Live, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini. Haqiem berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya itu sekitar jam 2 pagi tadi semasa melakukan sesi live di laman Instagram miliknya. Penyanyi yang terkenal dengan […]

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Isu Lantang Bersuara, Nora Danish Tak Mahu Memandai-Mandai – “Bila Kena Pada Diri Sendiri Baru Tahu”

Setuju dengan Nora! Satu jari tuding dekat orang, empat jari lagi menuding pada kita

Trending Thu, 22 Oct 2020

Pesalah Lalu Lintas Berdepan Hukuman Berat Bermula 23 Oktober Ini

semoga hukuman berat ini mampu mengurangkan kes kemalangan