Trending By: Salma Syahbuddin October 22, 2020 @ 4:18pm

Pesalah Lalu Lintas Berdepan Hukuman Berat Bermula 23 Oktober Ini

Kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa seringkali berlaku di negara kita. Namun, ianya adalah disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri.

Justeru itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang membawa hukuman lebih berat untuk kesalahan lalu-lintas khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga 45, akan berkuat kuasa 23 Oktober ini.

Hukuman berat bagi pemandu cuai

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Bagi pindaan Seksyen 41 yang membabitkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan, mereka akan berdepan hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Manakala, pindaan bagi Seksyen 44 mengenai kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan yang mengakibatkan kematian.

Lesen memandu akan ditarik balik

Sumber : Google

Bagi Mereka yang menyebabkan kematian semasa memandu akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun serta didenda antara RM50,000 dan RM100,000 selain hilang kelayakan lesen selama 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Pindaan ini juga membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada RM100,000 serta denda maksimum RM150,000 selain hilang kelayakan lesen untuk tempoh 20 tahun, bagi kesalahan berikutnya.

” Kami harap pindaan terbaharu ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang lalu-lintas bagi memastikan jalan raya di negara kita selamat untuk semua,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Kalau Arwah Siti Sarah Ada, Dia Lagi Sweet…” – Netizen Sebak Tengok Shuib ‘Suap Diri Sendiri’

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu, memuat naik satu video yang memaparkan rakannya, Ajak Shiro sedang bermesra dengan isteri, Nur Afifah Amin. Menerusi perkongsian tersebut, Ajak menyuap makan kepada Afifah yang berada di sebelah, manakala Shuib […]