Featured By: Fatin Nurain September 1, 2022 @ 12:39pm

Sering Dapat Watak Beruniform, Scha Alyahya Jadi Inspirasi Bakar Semangat Wanita

Pelakon Scha Alyahya mengakui kerap ditawarkan untuk berlakon watak unit beruniform sejak penglibatannya dalam industri lakonan tanah air.

Terbaharu, Scha muncul dengan watak sebagai Kapten Nur Liyana yang mengendalikan pesawat Airbus A400M menerusi filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See.

Menurut Scha, dia berbangga apabila dipilih untuk membawakan watak tersebut kerana mesej yang ingin disampaikan, biarpun babaknya hanya sedikit.

“Saya memang sering ditawarkan watak beruniform. Kalau secara realitinya, saya sebenarnya jauh berbeza daripada apa yang dipaparkan. Cuma, kali ini saya agak berdebar sebab sudah lama tidak berlakon filem.

“Apabila diberikan watak sebagai Kapten Nur Liyana yang mengendalikan pesawat Airbus A400M itu, saya rasa cukup hebat untuk saya. Banyak atau tidak, penting atau tidak, perkara utama yang ingin disampaikan adalah saya dalam masa sama cuba nak memperkasakan wanita.

“Saya bangga apabila dipilih menjadi Kapten dan melalui latihan yang sepatutnya untuk menjayakan watak ini. Ini sesuatu yang bermakna untuk saya ingat sampai bila-bila. Terima kasih banyak kepada penerbit, pengarah, pasukan dan TUDM yang rapat dengan saya sejak dari hari pertama lagi,” katanya.

Selain itu, Scha turut menyifatkan watak yang ditawarkan menerusi filem ini dapat dijadikan inspirasi kepada kaum wanita untuk terus berani menceburi bidang yang didominasikan oleh lelaki.

“Kita jarang-jarang genre yang macam ini dan kena pula dengan semangat patriotisme kita. Saya rasa mesej itu banyak, padat dan padu.

“Dia bukan saja nak cerita pasal macam mana nak bersedia bila dalam perang dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada mesejnya.

“Macam watak saya untuk encourage dan inspire orang kat luar sana terutama sekali kaum-kaum wanita untuk challenge yourself, jangan takut walaupun kita masuk dalam bidang yang didominasi oleh lelaki. Go for it!,” katanya.

Biarpun babaknya hanya sedikit, Scha menjelaskan dia tidak menolak tawaran tersebut kerana minatnya terhadap unit beruniform dan pengalaman yang diperoleh sepanjang penggambaran.

“Sebenarnya scene dia banyak tapi mungkin dipotong. Jadi, bagi saya selagi mesej itu boleh sampai, bukan senang seorang wanita bawa watak Kapten bawa pesawat yang besar. Itu juga back story yang cuba saya sampaikan.

“Saya suka sebab benda-benda yang uniform, and then pengalaman dan tanggungjawabnya. Jadi, bila saya borak dengan pengarah dengan orang TUDM, takkanlah taknak walaupun watak saya mati awal saya nak kena tolak tawaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Awal Ashaari itu juga sempat berkongsikan pengalaman dan cabarannya ketika menjalani ujian insentif sebelum penggambaran dimulakan.

“Macam saya, saya dah biasa naik kapal terbang simulator. Dalam itu saya akan buat ujian graviti dan itu yang bagi saya susah. Ada yang pengsan, tak boleh buat dan tak nak buat. Tapi disebabkan saya dah biasa dengan kapal terbang saya jadi senang dan selesa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Cipta Sejarah Tersendiri! Air Force The Movie Raih Kutipan RM6 Juta Dalam Masa 3 Hari

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Nov 2021

Buat Kejutan Umum Nikah Jumaat Depan, Gadis 19 Tahun Pilihan Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan di pentas Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) dengan mengumumkan tarikh dia menamatkan zaman bujang ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Memilih gadis berusia 19 tahun, […]

Featured Thu, 26 Jan 2023

Sebak Kenang Nasib Ibu Saudara, Ahli Keluarga Isteri Pertama Zainal Abidin Hassan Buka Mulut

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – ahli keluarga

Featured Mon, 18 Nov 2019

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Queen Bey bukan saja berbakat malah pandai bergaya.

Hiburan Tue, 2 May 2023
Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Berbelanja RM 700 ribu Untuk Satu Percutian

setahun 2 kali bercuti dan setiap percutian perbelanjaan hampir RM 700 ribu cara untuk menghargai keluarga yang senantiasa bersamanya

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Fathia Latiff Jadi Simbol Seks Netizen?

Mahu meraih publisiti semula ke? Sila baca artikel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya

Events Fri, 20 Dec 2019

Misi Media Prima Digital Raikan 40 Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Tonton Ejen Ali The Movie

Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun. Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti […]

Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik