Featured By: Shaidah Shafie May 16, 2019 @ 4:00pm

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Makan sedikit ketika bersahur bagus untuk kesihatan kerana ia membekalkan  tenaga untuk anda bekerja sepanjang hari sehingga waktu berbuka kelak.

Bersahur sangat penting demi kelangsungan kesihatan kerana jika tubuh badan berada dalam keadaan sihat, anda boleh bekerja dengan selesa, namun apakah yang perlu dilakukan jika anda terlewat bangun sedangkan waktu Subuh sudah semakin hampir? Pasti panik jadinya!

Bayangkan situasi anda sedang menikmati makanan ketika bersahur dan tiba-tiba azan Subuh berkumandang menyebabkan anda tidak pasti sama ada makanan berkenaan perlu diluahkan atau boleh ditelan.

Pendakwah yang juga penceramah motivasi, Ustazah Shadiya Abbas, berkata sesiapa yang berhadapan situasi berkenaan perlu memahami maksud berpuasa supaya ibadat puasa yang dilakukan tidak sia-sia.

“Ulama fiqah sepakat menyatakan puasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum bermula dari terbitnya fajar sidik hinggalah terbenamnya matahari.

“Jadi apabila saat terbitnya fajar sidik menjadi kewajiban bagi individu berkenaan berpuasa dan jika di dalam mulutnya ada makanan hendaklah dia membuangnya berdasarkan kepada fahamnya tamat waktu sahur melalui laungan azan Subuh. Apabila dia melanggar perkara ini maka akan terbatallah puasanya,” katanya yang memetik  kenyataan Ibnu Qayyim dalam Tahzib al-Sunan yang tiada perselisihan antara ulama mazhab.

Ini berdasarkan firman Allah SWT  yang disebut secara jelas:

وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ

Maksud: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) (al-Baqarah: 187)

Juga hadis Nabi SAW yang menyebut:

فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّن اِبْن أُمّ مَكْتُوم , وَلَمْ يَكُنْ يُؤَذِّن إِلا بَعْد طُلُوع الْفَجْر

Maksud: Makan dan minumlah hingga ummu maktum melaungkan azan dan dia tidak akan melaunkan azan melainkan setelah terbitnya fajar (riwayat Bukhari).

Bagaimanapun, katanya pada masa yang sama, sebagai seorang Islam kita perlu memahami dengan betul bahawa konteks yang dimaksudkan tempoh mulanya puasa adalah dengan terbit fajar sidik dan bukanlah dengan laungan azan. Maka sebagai contoh apabila seorang muazzin melaungkan azan 10 minit lebih awal daripada terbitnya fajar sidik maka orang yang sedang bersahur (atau ada makanan di dalam mulutnya) ketika waktu itu masih dikira sah puasanya tanpa perselisihan ulama.

Hal ini yang demikian kerana dia makan sebelum terbitnya fajar sidik.

Shadiyah berkata, kadar berhenti makan sahur juga dipandu melalui kaedah imsak, iaitu 10 minit sebelum azan subuh.

“Dalam tempoh berkenaan, iaitu antara waktu imsak dan masuk waktu subuh bukannya tidak boleh makan langsung, tetapi digalakkan untuk kita berhenti daripada makan dan minum selain memperbanyakkan istighfar serta doa,” katanya.

Foto: NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Beliau berkata, dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW, baginda memberi panduan bersahur dengan mafhumnya; “…melewatkan sahur dan mempercepatkan berbuka apabila sampai waktunya.” (HR Tabhrani)

Berdasarkan penceritaan sahabat Nabi, Zaid bin Tsabit, bahawa Nabi dan sahabat bersahur pada sepertiga hujung malam, kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum masuknya waktu fajar atau sekadar bacaan 50 ayat. (HR Bukhari)

Sehubungan itu, bagi anda yang terlewat bangun dan ingin bersahur walaupun sudah berada dalam fasa waktu imsak, anda masih boleh bersahur dan ia termasuk dalam situasi melewatkan sahur seperti yg disebutkan di atas.

Foto: NSTP

Tambahnya lagi, sebaik-baik bersahur sebagaimana dianjurkan oleh sunnah atau Rasulullah ialah mengambil kurma dan air kosong serta memperbanyakkan zikir atau istighfar termasuklah memohon doa kepada Allah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Sep 2018

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Haih, sesetengah orang memang bertuah dalam hidup.

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Fri, 26 Jan 2024
Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Alolo sweetnya Fafau dengan Anuar Zain 🥰🥰 Siti Nurhaliza pun doa agar mereka berjodoh ☺️ Heheee ☺️

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!