Featured By: Fatin Nurain January 3, 2023 @ 11:50am

Nadin Amizah Bakal Adakan Konsert Sulung Di Malaysia 21 Januari Ini!

Penyanyi Indonesia Nadin Amizah mengumumkan bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia anjuran MYdeteksi, pada 21 Januari ini.

Dengan kerjasama TAPAUasia, Sorai dan Tap Projects, konsert yang dinamakan Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya itu akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Shafika Mazlan selaku Pengarah Kreatif MYdeteksi, dia percaya Nadin mempunyai pengikut yang sangat menghargai bakatnya yang hebat dalam berkarya dari segi penciptaan lagu dan nyanyian.

“Kami di MYdeteksi bersama TAPAUasia percaya Nadin Amizah mempunyai kelompok penggemar yang sangat menghargai bakat besarnya yang bukan sahaja hebat dalam penciptaan lagu dan nyanyian, tetapi juga bagaimana dia membawa penggemar masuk ke dalam ‘kisah-kisah’ yang ingin disampaikan lewat penceritaan yang dibentuk,” katanya.

Dalam pada itu, Nadin turut meluahkan rasa terujanya untuk bertemu dengan peminatnya di Malaysia yang meminati genre lagu pop dan folk buat pertama kali.

“Aku senang bangat kerana pertama kali aku datang ke Malaysia, aku langsung bisa nyanyi untuk teman-teman semua.

“Aku akan bawakan sebahagian dari konsep ‘Selamat Ulang Tahun’ tapi istimewanya untuk teman-teman di Malaysia, aku juga akan mempersembahkan lagu-laguku yang lainnya.

“Semoga sesuatu yang kecil bisa menggerakkan hati yang besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Nadin mula menceburi industri muzik di Indonesia sejak tahun 2017 dan terkenal menerusi lagu yang berjudul All Good.

Orang ramai boleh dapatkan tiket konsert tersebut menerusi laman sesawang tapautix.tapau.asia yang sudah mula dijual sejak 22 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 May 2023
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Anak & Menantu Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 6 Bulan Gantung Tak Bertali –  “Harap Dia Tak Abai Nafkah”

Saya tak mahu pisahkan anak-anak dengan bapa mereka, kalau ada masalah beritahu – Bekas Menantu Zainal Abidin

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Tue, 5 May 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

KENAPA FAZURA MENANGIS?

Dia tidak kisah dengan segala kritikan lantas, memperbaiki diri dengan menghadiri kelas vokal dan sentiasa bekerja keras untuk peminat-peminatnya.

Hiburan Fri, 7 Jul 2023