Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan anak sulung perempuannya, Cailie.

“I work hard for this. Thank you for always being my rainbow after a storm. This is for you and @cailie.amry. Happy 2nd Anniversary sayang @najlxsam! Allah uji sebab dia nak ganti dengan lebih baik. Ingat tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Kisah Cinta Kita itu turut memberitahu di ruang komen nombor plat kereta yang dibeli adalah bersempena tarikh lahir isteri tercinta.

Sebelum ini, Ikmal pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama isteri dan anaknya ketika ingin pulang ke kampung.

Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Artikel Berkaitan: “Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Artikel Berkaitan: “Saya Jadi Anxiety Bila…”- Terbabit Kemalangan, Ikmal Amry Alami Trauma… Dedah Kos Baiki Kereta Cecah RM75,000

Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cailie pada 30 Disember 2021.

Dharnieya Nur Amelsa