SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti.

Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha sebaik mungkin untuk mempertaruhkan naskhah terbabit.

“Kalau dari segi harapan, of course siapa sahaja masuk pertandingan mestilah nak menang.

“Jadi kali ini saya nak mempertaruhkan Terus Hidup dan ia merupakan karya yang paling saya sayangi,” katanya kepada XTRA.

Tambahnya, Terus Hidup merupakan lagu yang membawa jiwanya, jadi Aina akan memberikan yang terbaik dari segi vokal mahupun penampilan.

“Lagu ini memberi jiwa. Kalau nak kata jiwa Aina Abdul itulah yang ada dalam Terus Hidup itu.

“Jadi, saya tak nak buat half hearted untuk lagu ini. I have to do all out. I have to do with full care and love untuk Terus Hidup baik dari segi vokal dan penampilan,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurut Aina penampilannya ketika di sidang media turut diinspirasi daripada muzik video Terus Hidup.

“Look hari ini diinspirasikan daripada muzik video Terus Hidup kerana dalam muzik video itu saya ada memakai topi tapi dalam tu topi saya kecil.

“Jadi hari ini adalah hari yang baik, hari saya menerima berita baik, so I want to come with a bigger hat,” katanya.

Untuk info, SFMM37 akan diadakan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Dharnieya Nur Amelsa