“Takkanlah Stop Tengok Hometown Cha Cha Cha, Hilang Semua Masalah?” – Syed Saddiq Respons Isu K-Drama Didakwa Jadi Punca Masalah Remaja

Sebelum ini, timbul isu yang dibangkitkan oleh Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada Rabu.

Menurutnya, pengaruh drama korea (K-Drama) dalam kalangan remaja hari ini menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberikan respons terhadap kenyataan yang diberikan Mohd Apandi menerusi ciapannya di laman Twitter.

“First time saya dengar cubaan salahkan K Drama dalam isu bunuh diri. Bukan tekanan, gaji rendah, kos sara hidup. Tapi K-Drama?” tulisnya.

Selain itu, Syed Saddiq juga menegaskan bahawa sebuah filem atau drama yang dihasilkan adalah cerminan masyarakat dan terpulang kepada setiap individu untuk menerima dan belajar daripada apa yang dilihatnya.

” Ni mesti tengok Squid Game lah tu…”

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Syed Saddiq sehingga ada yang menyifatkan kenyataan yang dibuat Mohd Apandi sebagai rantai besi dimakan bubuk.

 

Salma Syahbuddin