“Sebar Berita Palsu, Ancam Kesihatan Awam & Annoying…” – KJ Mohon Segerakan Pendakwaan Terhadap Antivaksin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Ini kerana, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.

“KKM sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin. Kami harap tindakan susulan, siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

“Menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam & menjengkelkan…”

Malah, KJ juga dilihat sempat mengulang kicau kenyataan yang dibuat oleh pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong, yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa.

 

Terdahulu, KJ menerusi Twitter nya pada Jumaat memaklumkan, KKM diminta membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap seorang individu yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19.

Sumber: Twitter, BH

Salma Syahbuddin