“Kalau Datang Lambat, Boleh Membawa Maut” – Bibir Harris Annuar Bengkak Kena Sengat Tebuan

Penampilan terbaharu pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar mengejutkan pengikut di laman Instagram.

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dr Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton ini berkongsi video dan beberapa keping gambar keadaan bibirnya yang membengkak akibat disengat tebuan.

Menurut Harris, kejadian berlaku selepas beliau tidak menyedari ada seekor tebuan yang hinggap di tualanya sebaik sahaja selesai mencuci muka awal pagi tadi.

Menerusi hantaran terkini di Instagram nya, Harris turut memaklumkan keadaannya kini stabil dan bengkak itu sudah semakin surut.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, doktor memberitahu reaksi tersebut yang dipanggil sebagai Annaphilatic Shock boleh membawa maut jika rawatan tidak dilakukan dengan segera.

“Doktor cakap kalau datang lambat tadi, bahaya. Takut sampai tahap tiga, Dan now, masih tahap kedua. 

“Keadaan kini stabil, cuma doktor kata kena monitor jantung,” jelasnya.

 

 

Salma Syahbuddin