“10 Minit Yang Cukup Bermakna” – Shah Rukh Khan & Isteri Akhirnya ‘Bertemu’ Anak

Selepas dua belas hari dalam tahanan susulan kes dadah, bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan Isteri, Gauri Khan akhirnya dapat ‘bertemu anak mereka.

Bagaimanapun,  pertemuan itu bukanlah secara fizikal kerana pasangan ini hanya dibenarkan membuat panggilan video sahaja.

Kaedah pertemuan dengan cara panggilan video itu diperkenalkan di kebanyakan penjara di India sejak pandemik COVID-19 melanda sebagai keadah alternatif bagi membolehkan banduan berkomunikasi dengan keluarga mereka dan peguam.

Menurut laporan media tempatan, perbualan tiga beranak itu hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja dan tiada sebarang perincian lanjut mengenai perbualan tersebut.

Malah, permohonan semula jaminan akan didengar semula pada 20 Oktober 2021 selepas mahkamah menolak permohonan jaminan pada Khamis.

Terdahulu, Aryan Khan, 23, dan rakan-rakannya ditahan dalam satu serbuan pada 2 Oktober lalu selepas mahkamah menolak permohonan ikat jamin.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa 4 Tahun Bergelumang Sindiket Dadah, Shah Rukh Khan Sanggup Upah Peguam Paling Mahal Bela Anak

 

Sumber: Awani

Salma Syahbuddin