Featured By: Dharnieya Nur Amelsa October 27, 2022 @ 11:03am

Tampilkan Zul Huzaimy Sebagai Hero, Daddyku Gangster Angkat Kisah Samseng Jaga 2 Kanak-Kanak

Boleh dikatakan nashkah yang mengangkat kisah tentang gangsterism sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan.

Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam.

Penerbit filem Daddyku Gangster yang bakal ditayangkan, Datuk Rosmarayu Mokhtar berkata, nashkah filem berkenaan boleh memberikan kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang menarik.

“Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa meninggal dunia,” katanya.

Tambah Rosmarayu, filem terbaru terbitannya itu menampilkan kelainan berbanding filem-filem gangster lain apabila ia mengetengahkan elemen kekeluargaan, terutama membabitkan hubungan dengan dua orang kanak-kanak dan pakciknya yang sudah dianggap sebagai bapa sendiri.

Jelasnya, apa yang lebih istimewa lagi apabila ia turut menampilkan barisan-barisan pelakon yang hebat dan dikenali ramai, termasuk Zul Huzaimy yang memegang watak utama sebagai penjaga kepada dua anak saudaranya setelah kematian abangnya.

“Biarpun tajuknya Daddyku Gangster, tetapi ia sebenarnya sesuai untuk ditonton oleh semua golongan termasuk seni keluarga.

“Disebabkan itu filem ini telah mengetengahkan genre aksi komedi supaya ia tidak nampak sebuah naskhah yang nampak ganas.

“Kalau ditanya tentang harapan pula, pastinya saya mengharapkan filem Daddyku Gangster mendapat sambutan hangat penonton.

“Malah, saya menyarankan supaya datang untuk menonton ke panggung beramai-ramai dan yakin ia adalah sebuah filem yang menghiburkan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ismail Bob selaku pengarah pula menyatakan Daddyku Gangster cukup istimewa kerana merupakan filem ke-20 yang diarah olehnya sepanjang bergelar seorang pengarah.

Katanya lagi, menerusi filem ini dia cuba menampilkan kelainan dengan menampilkan Zul Huzaimy untuk memegang peranan watak utama.

“Sebagai pengarah sudah tentu saya cuba sesuatu yang baharu. Misalnya, kita semua tahu Zul Huzaimy seorang pelakon hebat yang terkenal dengan watak antagonis.

“Untuk kali ini, saya cuba ‘twist’ pula dengan menjadikan Zul Huzaimy pegang watak hero dan ternyata ia berjaya membawakan watak itu dengan baik,” ujarnya lagi

Filem Daddyku Gangster yang menampilkan Zul Huzaimy, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Faizal Hussein, Alieff Irfan, Angelica Petra, Arryyan Petra dan ramai lagi akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Paduan Suara Hael Husaini, Syafinaz Selamat Nampak ‘Mahal’

Persembahan Hael Husaini meraikan kepelbagaian dengan menampilkan wanita pelbagai saiz dan rupa melalui lagu Hajat berjaya menambat hati penonton. Malah lebih meyakinkan dengan penampilan istimewa Datuk Syafinaz Selamat mengiringi latar vokal soprano menjadikan lagu Hajat […]

Trending Fri, 9 Nov 2018

Hati Putera Mateen Milik Wanita Jelita Ini?

Namun begitu, netizen di Twitter memaklumkan wanita jelita ini merupakan sepupu atau family friend kepada Mateen. 

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Mon, 28 Aug 2023
Trending Tue, 1 Jan 2019

Gunung Agung Bali Dalam Status Merbahaya, Amaran Lahar Api DiKeluarkan

Satu Lagi Gunung Berapi Indonesia Meletus, Gunung Agung Bali Dalam Status Merbahaya, Penduduk Sekitar Sungai Diberi Amaran Lahar Api

Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kongsi Foto Bersama ‘Dulang Boys’, Mas Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Wahh betul ke Mas Khan dah nak kahwin? Ramai lah yang frust nanti