Hiburan By: Syamir Shafie October 25, 2023 @ 6:14pm

Isteri Intai Peluang Jadi Pelakon Dan Pengacara, Aiman Tino Bagi Lampu Hijau

Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino memberi keizinan kepada isterinya, Syarah Haifa untuk berlakon atau menjadi pengacara.

Memetik laporan BH, Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman Yusri berkata, isterinya pernah ditawarkan peluang mengacara dan terbabit dalam drama produksi Indonesia, namun tidak serius.

Aiman yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci meluahkan rasa senang hati jika ada mana-mana produksi yang ingin memberi tawaran berlakon atau pengacaraan kepada isterinya itu.

“Saya okay sahaja. Ada juga pihak yang memberikan Syarah peluang untuk menjadi pengacara.

“Jika ada tawaran datang, terserah kepada Syarah nak terima atau sebaliknya.

Menurut Aiman, isterinya sering mengikutnya ke lokasi pengambaraan. Justeru, produksi sudah nampak dan mengenali isterinya.

Lebih-lebih lagi, Syarah juga dikatakan sudah mempunyai asas dalam lakonan dan pengacaraan memandangkan dia merupakan seorang graduan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Dia juga pernah membintangi drama Indonesia sebab terbabit dalam produksi, jadi tidak kekok dalam bidang seni,” katanya.

Sementara itu, Syarah turut meluahkan rasa minat untuk menerokai industri lakonan dan pengacaraan kerana mempunyai ilmu dalam bidang seni memandangkan menuntut dalam jurusan Filem dan Televisyen di ASWARA.

“Kalau ada peluang mengapa tidak? Saya juga ada suami yang menyokong.

“Kami sukakan bidang seni, jadi saya tidak akan menolak jika ada tawaran suatu hari nanti.

“Jika ada tawaran berlakon bersama suami pun saya terima. Baru-baru ini, kami ada menjayakan program realiti bersama, tapi tidaklah terlalu mencuba. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya lagi.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Thu, 28 Apr 2022

Bayar Online Pun Boleh… Jom Semak 10 Kaunter Zakat PPZ Yang Dibuka Untuk Pembayaran Zakat!

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Memetik petikan dari laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari […]

Featured Thu, 14 Oct 2021

“Sekarang Dah Hilang Hormat” – Gara-Gara Biadap Terhadap Warga Emas, Baim Wong Kena Kecam

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dikecam oleh netizen setelah video dirinya memarahi warga emas di tepi jalan tular di media sosial. Menerusi video tersebut, pelakon itu dilihat bertindak biadap terhadap seorang warga emas […]

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik ‘Debu Bercahaya’

Noh merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu tahun ini. 

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Famili Duo: Sarat Hamil 5 Bulan! Tom Masih Mampu ‘Tarik’ Nada Tinggi, Bersedia Terima Kritikan – “Saya Akan Buat Sedaya Mampu”

All the best Tom dan Fuad! Jangan joget sangat, nanti baby pun ikut joget sekali 🤣😆

Trending Tue, 16 Mar 2021

Malaysia Dijangka Jadi Negara Berpendapatan Tinggi – Menteri Kewangan

Diharap ianya menjadi kenyataan demi negara & rakyat