Hiburan By: Fatin Nurain February 28, 2024 @ 10:40am

Buat Doa Selamat Sempena Timang Cahaya Mata Pertama, Netizen Syak Uqasha Senrose Hamil Anak Perempuan

Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi momen dia dan suaminya, Kamal Adli membuat majlis doa selamat sebelum menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Uqasha menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Difahamkan majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat tersebut turut diikuti dengan acara ‘gender reveal’.

Namun, pasangan itu masih belum mendedahkan jantina anak sulung mereka yang bakal lahir nanti.

”Alhamdulillah, selesai dah majlis doa selamat dan dah tahu baby girl ke boy. So, senang nak pilih nama, baju etc etc. Yes, bulat kan saya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Dalam perkongsian lain, Uqasha turut menyatakan dia tidak kisah sama ada dia akan timang cahaya mata lelaki ataupun perempuan asalkan bayinya sihat.

“Our first baby and of course dari awal tak nak tahu gender sebab nak sama-sama teka and with family. Tapi every month buat checkup gatal sangat nak tahu gender tapi kena SABAR.

“So korang rasa boy ke girl? Sebenarnya saya tak kisah boy ke girl asal kan sihat tubuh badan, cukup segalanya Insya-Allah .. amin sikit lagi okay,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Teruja dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya menjangka dia akan menimang cahaya mata perempuan.

Lebih menarik lagi, perkongsian Instagram Story (Igs) pelakon Uyaina Arshad turut menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila terlihat serpihan kertas berwarna merah jambu di lantai.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 May 2018

Daging Dah Mula Mahal Di Kedah?

Antara harga tertinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

林志炫511再来马开唱!誓为歌迷送上音乐盛宴

相隔3年,林志炫再来马开唱!5月11日再次登上云星剧场献唱,让歌迷再次见证他无可比拟的醇厚现场演唱实力。

Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Muzik Video Shiha Penuh Kontroversi?

Kalau tak tengok fully video muzik ni, memang akan fikir bukan-bukan tau! Tak percaya, jom tengok!

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!