Hiburan By: Padin August 27, 2022 @ 9:00pm

Nafi Wujud Unsur Scam, Dr. Fitri Haris Terima Pengiktirafan ‘Successful People In Malaysia 2022’

Penyanyi Dr. Fitri Haris menerima pengiktirafan selaku individu paling berjaya di Malaysia (Successful People in Malaysia).

Vokalis kumpulan nasyid UNIC ini disenaraikan melalui buku ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 bagi tahun 2022, terbitan British Publishing House, United Kingdom.

Menurut pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di University of Nottingham, United Kingdom dalam bidang Musicology ini, pengiktirafan itu memuatkan biografi personaliti-personaliti dan tokoh-tokoh yang berjaya serta memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang dan kepakaran masing-masing.

“Penghargaan ini amat bermakna buat saya kerana meletakkan saya sebaris tokoh-tokoh ternama penerima sebelumnya seperti Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Quek Leng Chan dan juga Tan Sri Tony Fernandes.

“Prosesnya bukan mudah kerana saya perlu menjalani temubual tiga bulan lepas untuk pastikan kesahihan maklumat.

“Bila mereka dah kaji latar belakang dan pencapaian, barulah ‘entitle’ dapat ‘certificate’ dan dimasukkan dalam ensiklopedia. Saya baru dapat sijil ini. Prosesnya sangat rapi dan profesional.

“Ini adalah pengiktirafan ketiga saya
dalam tempoh dua tahun setelah menerima ASEAN Inspiring Awards 2021 di Surabaya, Indonesia dan Top Young CEO 2021 di Kuala Lumpur,” katanya.

Namun begitu, timbul dakwaan yang mengatakan pengiktirafan yang diterima Fitri adalah penipuan.

Sebuah hantaran tular di Facebook mendakwa wujud unsur penipuan dan mengatakan pihak BritishPedia memang pernah menyenaraikan profil seperti Tun Dr Mahathir Mohamed, Tan Sri Tony Fernandez sebagai umpan bagi memperdayakan mangsa.

“Saya tak jangka dapat pengiktirafan ini, saya lagi tak jangka ia akan tular. Semestinya saya sudah semak dahulu dengan pakar.

“Pengiktirafan tersebut dari badan profesional yang berpengkalan di United Kingdom. Tidak wujud unsur penipuan seperti yang didakwa.

“Saya ada baca komen-komen tentang pengiktirafan yang diterima. Orang sebenarnya salah anggap kerana ia bukanlah satu anugerah, sebaliknya pengiktirafan menerusi kejayaan saya sendiri.

“Dalam buku itu ada banyak segmen dan saya tersenarai dalam kategori seni dan media,” katanya.

Pengiktirafan ‘Successful People In Malaysia 2022’ yang akan dimuatkan di dalam Ensiklopedia BritishPedia 2022 akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Oct 2018

Media Prima Radio Networks Rebrands to Ripple!

There are seven new platforms joining the radio station.

Trending Mon, 17 Jun 2019

婚礼设「前女友桌」竟有7人现身!

婚礼设「前女友桌」竟有7人现身!网友一看颜值:新郎真会交女友!

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Jom Membeli-Belah Di Anggun Life Pada 8 & 9 Disember Ini!

Lepasni bolehlah shopping sakan kat Anggun Life