Categories: Kisah Viral

Tauke Nasi Lemak RM1 Syukur Dapat Buka Kedai Selepas 2 Tahun

Pempengaruh Bang Sudu atau nama sebenarnya Muhammad Fazrie Haiqal Faizal meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya membuka kedai nasi lemak sendiri selepas dua tahun berniaga.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pemilik gerai Nasi Lemak RM1 itu menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Sebelum ini, Bang Sudu menjadi tular di platform tersebut kerana menjual nasi lemak dengan harga RM1 sejak dua tahun lalu.

Terkenal dengan perkongsiannya yang enggan menerima bayaran lebih daripada pelanggan, Bang Sudu turut berkongsi perjalanannya sepanjang berniaga.

“Selepas dua tahun, hari ini saya berjaya buka kedai nasi lemak saya sendiri. Let’s go! Tak sangka secepat ini 🥹 Terima kasih semua. Saya masak sedap-sedap. Jumpa korang esok,” katanya.

@bangsuduu2 Tak sangka secepat ini 🥹 Terima kasih semua ❤️ #fyp #foryou #suduada ♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1

Kagum dengan usaha keras usahawan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang menyentuh hati dari warganet di ruangan komen.

Fatin Nurain