Muat Naik Video Pakai Baju Seakan Berkemban, Leona Terima Komen Lucah Lagi

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik video pendek yang memperlihatkan dia sedang menyanyi dan merakamkan dirinya di hadapan cermin.

Menerusi video berdurasi 12 saat di TikTok, Leona kelihatan tampil dengan gaun putih seakan berkemban sambil menyanyi secara miming lagu yang kini popular di platform berkenaan nyanyian Ziji.q berjudul S*x With Me Speed Up.

“I only know the first line. Sorry,” tulisnya.

Kalau dia kahwin dengan aku ni….

Meskipun dipuji cantik mengenakan apa sahaja fesyen, penampilan Leona kali ini dianggap sedikit ‘over’ dek kerana gaun yang dipakai terlalu mendedahkan bahagian dadanya sehingga mengundang pelbagai komen lucah di ruangan balas berkenaan.

Aku yang perempuan ni pun dok ulang-ulang

Bagaimanapun, hantaran berkenaan turut mencuri perhatian pengikut wanitanya yang menganggap anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini kelihatan cantik dek kerana memiliki ‘aset’ yang menjadi idaman golongan wanita.

 

Salma Syahbuddin