Categories: SelebritiTrending

Didakwa Hasut Wanita Lain Untuk Bercerai, Ini Respons Puteri Sarah! – “Saya Tidak Mengharamkan Poligami”

Baru-baru ini, pelakon cantik Puteri Sarah Liyana mendapat kecaman apabila mengulas tentang isu hangat ‘Abang Tesla’ di Instagramnya.

Artikel Berkaitan: “Kita Ada Maruah, Tak Payah Nak Berlumba” – Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Wanita Teraniaya

Susulan itu, Sarah tampil membidas kenyataan dua individu yang mendakwanya cuba menghasut wanita lain untuk bercerai di akaun Facebooknya.

“Kepada lelaki-lelaki lemah yang tersakiti dan meroyan teruk di FB, Fais Al-Hajari IzzaZul Nuriz dengar ni ya…

“POLIGAMI ITU TIDAK HARAM dan SAYA TIDAK MENGHARAMKAN POLIGAMI. Nabi Muhammad adalah lelaki “tapi tidak semua lelaki” boleh jadi seperti Nabi Muhammad.

“Isteri punya HAK untuk mendapatkan nafkah Zahir dan batin. Dan jika wanita atau isteri tidak mendapatkan nafkah Zahir dan batin, apakah kita wanita perlu menjadi diam dan bodoh?,” tulisnya.

Malah, Sarah juga menegaskan bahawa poligami itu tidak salah namun menjadi salah apabila lelaki tidak menjalankan tanggungjawab mengikut syariat.

“Dan jika sesuatu penceraian menjadikan kita lebih baik dan dekat kepada agama kenapa itu menjadi tidak boleh?

“Silakan yang nak berpoligami itu tidak salah yang salah adalah lelaki yang berpoligami tapi tidak memiliki tanggungjawab sesuai syariat agama Islam,” kata Sarah.

Dalam pada itu, Sarah juga menyatakan jika kenyataan balasnya ini dianggap negatif maka individu itu sendiri yang bermasalah.

“Jadi kalau lelaki disini membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka anda lah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai TAKUT dengan statement ini.

“AGAIN, saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah tu kan… Faham ke tidak statement saya?” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Isu Puteri Sarah Masih ‘Diganggu’, Netizen Pula Bandingkan Dengan Abang Tesla

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tetap Teruskan Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – “Kalau Tak, Tak Akan Berhenti Menyalak”

Atiqah Johari