[VIDEO] Hawa Rizwana ‘Sarung’ Baju Bomba Sertai Perarakan Hari Merdeka Curi Tumpuan – “Bomba Menang Lagi Tahun Ni”

Pengacara dan personaliti TV Hawa Rizwana mencuri tumpuan apabila tampil muncul di perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, semalam.

Tampil menyarungkan uniform lengkap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Hawa ternyata mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Hawa yang turut disertai beberapa selebriti lain membuat perarakan dengan berada di atas jentera bomba sambil melambai ke arah pengunjung.

Dengan gaya yang cukup bersemangat, kemunculan Hawa bersama anggota bomba lain dalam perarakan tersebut mendapat sorakan serta lambaian daripada pengunjung.

Malah, ramai menyifatkan kemunculan bekas personaliti TV3 itu sangat manis dan comel, tidak kurang juga ada yang bangga dengan pencapaian Hawa.

Terdahulu, Kontinjen Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia menjadi tumpuan orang ramai apabila tular video ‘abang bomba sado’ di acara perarakan dan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lalu.

Khairil Khusyairi