[VIDEO] Lepak Bersama Syed Saddiq, Ramai Puji ‘Circle’ Azfar Heri ‘Next Level’ – “First Time Dengar Dia Cakap Kau & Aku”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh Azfar Heri di laman TikTok yang memaparkan momen lepak bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi hantaran tersebut, Azfar atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam mengaku gementar apabila ingin berjumpa secara berdepan dengan Ahli Parlimen Muar itu.

“Hari ni I nak jumpa seseorang. Tak tahulah nak cakap macam mana. I nervous sebenarnya ni. So macam I tak expect dia ajak jumpa, ha faham tak? So marilah kita berlakon cool,” ujarnya di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, Azfar turut mengungkapkan perasaan gembiranya di ruangan kapsyen dan turut mengatakan bahawa dia belajar dan kongsi benda baru bersama-sama dengan Syed Saddiq.

“Semalam plan harini terus jumpa. It was really nice to meet you in person! Thank you for your sharing and sama-sama belajar benda baru! Sangat casual and friendly, penat gelak gelak je hahaha. Catch up soon,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@azfarheriiSemalam plan harini terus jumpa, it was really nice to meet you in person ! Thank you for your sharing and sama sama belajar benda baru ! Sangat casual and friendly, penat gelak gelak je HAHAHAA. Catch up soon 🤝🏻♬ original sound – azfarheri

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Syed Saddiq kelihatan selesa berborak dengan Azfar.

“Jaranglah dengar Syed Saddiq cakap kau dan aku ni.

“Weh first time dengar Syed Saddiq cakap kau dan aku hahaha.

“Collab that we don’t expect at all hahaha.

“Jarang ye nak dengar Syed Saddiq cakap weh weh weh.

“Aku rasa first time tengok Syed Saddiq acting like normal youngster person hahaha. Selama ni asyik nampak YB je hahaha,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mengusik dan mengatakan ‘circle’ Azfar sudah dikategorikan sebagai ‘next level’.

“Macam member je dia buat.

“Next level ye kawan Azfar.

“Lain circle dia sekarang hahaha.

“Mak oi YB terus dia jumpa,” komen netizen.

Dharnieya Nur Amelsa