[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia dan Imran sedang membeli belah di Ikea.

Menerusi hantaran tersebut, Imran sedang menolak Dahlia yang duduk menggunakan ‘troli’ sambil memilih barang yang diperlukan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu melihat gelagat mesra dan comel pasangan ini yang berkongsi momen mesra membeli belah.

“Sendunya kehidupan aku.

“Memang aku sepatutnya pindah Pluto je semalam.

“Patut aku pergi siram pokok je tadi.

“Bakpo dia buat kito gini kito dok sanggup.

“Malasnya aku nak bernafas hari ni.

“Hm kita mampu mintak tolong abang Ikea je ambilkan barang. Troli pun tolak sendiri je,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 159,000 tanda suka dan 3057 komen.

 

Dharnieya Nur Amelsa