[VIDEO] Pandainya Anak Farah Nabilah Masak! – “Cara Pegang Garfu & Sudip Look Natural Sangat”

Pelakon Farah Nabilah, 31, sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Andre Omar, 3, yang berjaya mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram yang memaparkan Andre sedang asyik memasak telur.

Menerusi hantaran tersebut, Andre yang memakai pakaian sekolah itu kelihatan sudah terbiasa dan pintar memasak.

“Drama pagi ini: ‘I want to cook egg mommy’ mmm maka cook la dia dalam uniform,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet memuji kepintarannya anak kecil itu memasak.

“Dah pergi sekolah dah ke? Alahai kejap je dah besar Dre. Smart boy and always the cutest.

“Ala dahlah hensem, bagus pula tu. Rajin nak masak yer.

“Kejap aje dah besar. Pandai dia masak. Muka cool aje.

“Eee hensem boy nya dia. Smile tu smile tu melting aunty.

“Olo hensem boi cepatnya awak besar, Dre.

“Pandainya. Cara pegang garfu dan sudip pun look natural sangat,” komen netizen.

Sekadar info, Farah Nabilah dan Mohammed Amirul Yunus mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Andre Omar pada 2 Oktober 2020.

 

Dharnieya Nur Amelsa