Categories: Trending

“Kita Boleh Kritik Dan Kecam Kelantangan Beliau” – Syed Saddiq Tak Setuju Tarik Balik Ijazah Graduan Ini

Aksi tidak sopan seorang graduan pada majlis konvokesyen Universiti Malaya (UM) yang ke-59 baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

 

Menerusi laman instagram miliknya, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan petisyen tersebut. Malah, YB Syed Saddiq sendiri sempat berkongsi pengalaman beliau yang pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen disebabkan kelantangan beliau memberikan pendapat pada ketika itu.

Syed Saddiq juga menjelaskan, pentas graduasi bukanlah tempat untuk seseorang itu meluahkan rasa marah dan menunjukkan tanda protes terhadap pentadbiran tertinggi universiti. Tetapi, ia adalah sebuah majlis yang dihadiri bukan sahaja tenaga pengajar malah, ibu-bapa yang mahu meraikan anak-anak mereka.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kebebasan bersuara yang harus diamalkan oleh semua orang. Dan, tetap tidak bersetuju dengan gesaan untuk menarik balik ijazah graduan tersebut.
Salma Syahbuddin