Categories: Trending

KKM Kesan Kluster Libatkan ‘Pak Guard’ Di Pusat Beli Belah

Kementerian Kesihatan semalam telah mengenal pasti satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sepuluh kes positif COVID-19 dilaporkan melibatkan kluster ini yang terdiri daripada sembilan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan setakat 12 tengah hari semalam.

Seramai 436 orang telah disaring dengan sepuluh kes didapati positif, 347 negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.

“Dalam perkembangan COVID-19, sebanyak 74 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 4,776 kes.

Manakala, terdapat 39 kes baharu telah dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif adalah 6,467 kes. Selain itu, tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kekal 107,” katanya di sidang media semalam.

Sekali lagi diingatkan supaya orang ramai tidak berdegil dan sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, duduk di rumah dan amalkan penjarakan sosial walau di mana pun korang berada.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Syafiqa Irdina