Categories: FeaturedTrending

Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Comel Pipi Merah. Alahai Sweet Sangat Tok Ti…

Tahniah diucapkan kepada penyanyi popular negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atas kelahiran puteri sulung pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018. 

Pastinya pada saat ini seluruh peminat penyanyi kesayangan ramai ini teruja dan tidak sabar untuk menanti wajah puteri comel yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram itu.

Menerusi Instagramnya, Dato’ Siti menzahirkan tanda kesyukuran dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakannya selama ini.

Siti turut berkongsi teaser video lagu yang dihadiahkan buat cahaya mata kesayangannya berjudul ‘Comel Pipi Merah’.

Video yang menunjukkan momen-momen indah Siti sebelum melahirkan anak pertamanya itu mendapat tontonan hampir 400,000 dalam masa satu jam.

Memang sweet sangat…

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah. 
Terima kasih, di atas ucapan-ucapan tahniah.

Dengan penuh rasa rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan kami. Syukur Ya Allah. 
#babyCTDK

Sumber: Instagram @ctdk

Ad Ops