Categories: Trending

Korang Boleh Semak Status Pembayaran BPN 2.0 Mengikut Bank Bermula Hari Ini

Seperti semua sedia maklum, pembayaran BPN 2.0 akan mula dikreditkan mengikut dua fasa ke akaun masing-masing bermula hari ini.

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

Jadi, jom semak status pembayaran BPN 2.0 mengikut jenis bank korang!

  1. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Status bayaran : 19 Oktober 2020
  • Kategori : Bujang
  • Kawasan : Seluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak

2. Bank CIMB

  • Status bayaran : 26 Oktober 2020
  • Kategori : Bujang, Isi Rumah
  • Kawasan : Seluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak

3. MAYBANK Berhad

  • Status bayaran : 26 Oktober 2020
  • Kategori : Bujang, Isi Rumah
  • Kawasan : Seluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak

4. Public Bank

  • Status bayaran : 26 Oktober 2020
  • Kategori : Bujang, Isi Rumah
  • Kawasan : Seluruh Malaysia
  • Kategori : Bujang, Isi Rumah
  • Kawasan : Seluruh Malaysia

5. Bank Islam

  • Status bayaran : 26 Oktober 2020
  • Kategori : Bujang, Isi Rumah
  • Kawasan : Seluruh Malaysia

Kepada semua penerima BPN 2.0, berbelanja dengan bijak okay!

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembayaran BPN 2.0, layari www.hasil.gov.my

Salma Syahbuddin