Categories: Trending

KWSP Sedang Perhalusi Syarat Kemudahan Pengeluaran Akaun 1

Umum maklum, belanjawan 2021 yang dibentangkan pada minggu lalu akhirnya membenarkan pengeluaran daripada akaun 1 KWSP secara bersasar.

Baca artikel berkaitan : Belanjawan 2021: Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sebanyak RM 500 sebulan

Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran akaun satu yang disasarkan. 

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam satu kenyataan.

Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli kmenangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

BERNAMA

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”