Trending By: Padin June 21, 2021 @ 2:17pm

Lagu Kesetiaan Jadi ‘OST’ Video Cemas Pintu ATM Tertutup, Siti Sarah Nak Bagi Hadiah Kepada Pemuda Viral!

Penyanyi Siti Sarah mahu memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM).

Potongan video memaparkan aksi pemuda yang hampir terperangkap itu menjadi viral di laman sosial dan mendapat lebih 1.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.

@hafifhiqalmamber teperngkap di bank nsip lah ad sebsor tu haah #fyp

♬ bunyi asal – 𝙷𝙰𝙵𝙸𝙵⚣✔︎👅💦

Menariknya, single pertama yang memperkenalkan Sarah dalam industri hiburan, Kesetiaan secara tidak sengaja menjadi ‘lagu tema’ video terbabit.

Aksi pemuda itu yang cemas kerana pintu ruangan ATM tertutup secara automatik seakan ‘mengena’ dengan bait lirik lagu Kesetiaan.

“Ya Allah adik. Tak berenti Sarah gelak bila ada orang bagi Sarah video ni. Katanya viral eh? Alahai, lucu ada, cemas ada, kesian pun ada. Sabar ye.

“Maaf Sarah gelak tapi keadaan tu lucu sikit hehe. Lagu Sarah masa time BBNU dulu, ‘Kesetiaan’ dah jadi mcm lagu tema dah.

“Sarah difahamkan memang pintu ATM akan automatik tutup masa pukul 8 malam waktu lockdown ni.

“Lepas tu video ni kena pula part lirik lagu ‘ku hayunkan langkah kaki’ tu, sedang elok je ngam ngam masa pintu tu nak tutup automatik turun ke bawah.

“Risau pun ada jugak takut adik tak dapat keluar dari tempat ATM tu, tapi tengok video nombor dua ni, Alhamdulillah adik selamat keluar siap baca-baca komen lagi,” tulis Sarah.

Usahawan hijab jenama Loveta itu turut mendoakan agar urusan pemuda viral itu sentiasa dipermudahkan.

“Apa pun Sarah doakan adik sentiasa selamat dan urusan dipermudahkan okey? Untuk semua peminat Sarah juga, Sarah doa semua yang baik-baik waktu lockdown ni.

“Jangan selalu keluar rumah, keluar kalau perlu sahaja okey? Take care semua. Kalau boring, jom shopping dekat @lovetahq still onz tau! Kalau mulut tu tak tahu nak duduk diam nak mengunyah je, cuba usha @unagihq memang confirm sedap teruk!

“Adik dalam video ni, sila mesej Sarah ye. Ada sesuatu hadiah istimewa yang sarah nak bagi,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata turut terhibur melihat aksi pemuda terbabit.

Pengikut Sarah di laman Instagram turut memuji budi baik penyanyi itu yang mahu memberikan hadiah kepada pemuda viral terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 May 2024
Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Trending Thu, 12 Nov 2020
Featured Tue, 13 Dec 2022

Lancar Single Terbaharu ‘One and Only’, Kisah Peribadi Jadi Ilham Alvin Chong

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘One And Only’. Lagu yang diilhamkan dari kisah peribadi Alvin sendiri ini mempunyai makna yang besar buat dirinya. Menurut Alvin, karya terbaharu ini […]

Hiburan Fri, 9 Dec 2022

Lucu! Sebelum Ni Rebut Nak Cium, Kini Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Pegang Tangan Zahirah Macwilson

Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya. Artikel Berkaitan: Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak […]

Trending Mon, 12 Mar 2018

Sex Club Opens in Shanghai and Women are Loving It!

Skirt Club opens their 1st club in Asia and the reaction from local women are definitely mind blowing.

Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Perghhhh, terus duduk tak bagi salam ek 🤣 Min saje ulang banyak kali biar abg Norman kita sakit 🤪🤪🤪🤪 Sayang bini kan hihiii