Categories: Trending

Lanjutan Moratorium Bagi Sewaan Premis Dan Syarikat Di Bawah MARA

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi PERMAI semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan lanjutan moratorium terhadap penyewaan premis perniagaan di bawah MARA. 

Menurut beliau, MARA telah bersetuju untuk memberi diskaun 30 peratus bagi tempoh enam bulan mulai November 2020 hingga April 2021

Bagi mengurangkan bebanan PKS, Kerajaan juga  memberi potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurang-kurangnya 30 peratus mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. 

Berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa, potongan khas ini akan diperluaskan untuk meliputi pengurangan sewaan yang diberi kepada syarikat bukan PKS. 

Tempoh potongan khas ini juga akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Selain itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan mengecualikan levi majikan bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh PKP dan PKPB.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”