Categories: Trending

Lanjutan PKPB Di Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya Bergantung Kepada Keputusan KKM

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diketahui dalam masa terdekat.

Namun, keputusan sama ada ianya dilanjutkan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KKM akan nasihatkan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) beberapa hari sebelum tamat dan saya akan umumkan dalam sidang media,” katanya.

Tambahnya lagi, KKM akan membuat penilaian risiko dari segi kadar kebolehjangkitan di sesuatu kawasan PKPB pada minggu terakhir. Terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang akan tamat pada 6 Disember ini.

Apapun, untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung kes Covid-19 dan pelaksanaan SOP, jangan lupa saksikan Buletin Utama di TV3.

Salma Syahbuddin