Categories: FeaturedTrending

Lebih 10 Tahun Penantian, Pelakon Irwansyah dan Isteri Timang Cahaya Mata

Setelah lebih 10 tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar mengumumkan kelahiran seorang cahaya mata lelaki.

Menerusi akaun Instagram, Irwansyah menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran anak lelaki sulungnya itu.

“Assalamualaikum, anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik.
“Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.

­

“Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan kebaikan dan keberkatan,” katanya di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran putera sulung itu.

Difahamkan, bayi yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta menerusi pembedahan.

Irwansyah dan Isterinya, Zaskia Sungkar mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”