Categories: Trending

Lelaki Mati Dipatuk Ular Kapak Angkara Lambat Bawa Ke Hospital

Seorang lelaki tidak dapat diselamatkan selepas lambat dibawa ke hospital setelah dipatuk oleh berbisa jenis kapak bakau.

Mangsa yang juga merupakan pekerja kolam udang di Tanjung Dawai, Kedah, sebelum itu dibawa ke klinik oleh rakannya namun doktor menasihatkan mangsa dibawa ke hospital besar kerana tiada antivenom di klinik tersebut.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak dibawa ke hospital, sebaliknya dihantar pulang ke rumah oleh rakannya itu menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk.

Menerusi kenyataan itu lagi, mangsa telah muntah lima kali disebabkan biasa yang merebak dan dilaporkan meninggal dunia di rumahnya kerana gagal mendapatkan rawatan suntikan.

Rakan mangsa turut menceritakan ular itu mematuk belakang kakinya dan tidak mahu melepaskan gigitan tersebut.

Malang tidak berbau, moga ia menjadi pengajaran kepada semua agar segera mendapatkan rawatan supaya kejadian sebegini dapat dielakkan.

SGMS Enal