Trending By: SGMS Faida October 4, 2018 @ 3:30pm

Pemuda Ini Menangis Meminta Allah Permudahkan Rezeki Selepas Solat, Tiba-Tiba…

Percayalah…Allah SWT telah menjamin rezeki setiap orang sejak berada dalam kandungan lagi. Setiap orang mempunyai rezeki yang telah ditetapkan. Ini termasuklah rezeki tak terduga.

Apa maksudnya?

Kadang-kadang tanpa kita sedari, rezeki itu datang dengan sendirinya. Janganlah kita hairan, janganlah kita pelik. Ini kerana Allah sudah nyatakan dalam Al-Quran, rezeki tanpa diduga bagi sesiapa yang bertaqwa kepadaNya. Begitu mudahnya mahu mendapat rezeki dari Allah bukan? Sama-samalah kita perbaiki diri dengan bertaqwa kepada Allah.

Allah berfirman Surah Al-Thalaq, ayat 2&3 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”

Sebagai contoh perkongsian terbaik oleh saudara Adam Mukhriz ini yang memohon pertolongan Allah ketika dia benar-benar kesempitan wang.

“ Lepas solat, aku menangis sorang-sorang. Minta Allah permudahkan rezeki aku. Minta jalan keluar.

TIBA TIBA

“ Bang, ko boleh buat baca Yassin dengan tahlil tak? Ustaz yang nak buat tu, ada hal emergency balik kampung la…

Saudara Adam terus bersetuju untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil rakannya. Alangkah terkejutnya apabila sampai saja di rumah, apabila dibuka sampul yang dihulurkan sebentar tadi…

” Mak aih, ada RM 1000. Bro, hang salah bagi ni. 

” Betul la RM 1000. Dulu arwah mak aku pesan, mana orang atau ustaz yang jadi khalifah buat Yassin dan tahlil kat dia, bagi duit RM 1000. So, aku bagilah dekat ko,” kata sahabat Adam.

Allahuakbar… Berdoalah dalam apa jua keadaan, baik dalam susah atau senang, jangan berhenti berdoa! 

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Trending Tue, 14 May 2024
Trending Fri, 24 Jul 2020

Lelaki Pakai Gelang Kuarantin Dikompaun RM1,000

Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di  Ayer Tawar di sini semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki […]

Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!